Yesterday is for remembering,Tomorrow is for dreaming..SEMALAM adalah pengalaman bagi kita,HARI INI adalah kesedaran bagi kita dan ESOK adalah persediaan bagi kita...
3 YEARS AGO...ohh i cant belive it...27.12.2010 isnin lepas aku wat janji temu dengan 3 orang manusia yang sangat special bagi aku, memang special pon. Safika Saidon, Nurul Thohiroh Zainol & Sakinah Puzi..
Itulah orang-orangnya. Depa ni la kawan terbaik aku,lama gila tak jumpa ngan depa nie. Ada la dalam 3 taun tak jumpa a.k.a lost dari pandangan mata ( xjumpa bertentang mata). Sebelum ni aku juz kontak depa guna message or Call saja. Time jumpa hari tu,fuhh hampir menitis air mataku ini.huhuhuhu...rindu bangat sih..hanya allah saja yang tau. kami kluaq jalan-jalan kat Pacific & Ct.Plaza. alang-alang kluaq aku shoping baju, kasut, dan sluar..
hahaha..memang syiok sangat.hepy giler,rasa cam nak tidoq kat CT Plaza tu ja.tak puas nak sembang-sembang lagi. Tapi satu benda aku lupa,aku lupa nak tangkap gambaq kenagan..wawawa,sdeyh beb....padahal azam aku kluaq ngan depa nak snap picture banyak-banyak, tapi apakan daya..camera aku hanya terdiam di dalam beg.huhu..takpa,taun depan bulan 5 aku balik...kita kluaq lagi ye yang-yang ku sayang...Insyaallah aku takkan lupa salam terakhir kita...lUV You All......
Lama aku tak corat coret kat sini. Bukan apa, time cuti ni ada-ada saja kenduri kendara. Orang ni kawen orang nu kawen. yang aku ni keja nya ikut mak aku pi makan kenduri. menambahkan berat badan yang tersedia ringan ni,kot kot la nak naik sikit cuti-cuti ni.. ari sabtu hari tu paksu dan maksu aku balik.saja ja bawak anak depa jalan-jalan time cuti sekolah. sambil tu melawat kampung halaman depa ni. Paksu aku ni ada 3 orang anak. 2 pmpuan dan sorang laki...dengan adanya si kecil 3 org ni,riuh rendah jugak la umah aku ni.tak kira la time makan or time tidoq.hehe,time makan lagi la lawak.nak plak si Harash Luqman. Tersentot sentot aku makan sebab dok gelak kat dia...makan tengah hari kemarin,aku masak sayur besa-besa ja.tapi si Harash tu makan nyum2 sambil cakap sedap2...pandai plak dia puji,bnyak pulak dia cakap pot pet potpet.haha,almaklumlah paksu aku ada.kalau paksu aku tak dak,mampuih xdengaq sora.nak cakap pun susah.tapi hari ni dia dah boleh melawak-lawak ngan kami.kira OK WHAT....tadi aku nak ambil gmbar dia,puas dia semunyi xmau amek gmbaq.tapi bila aku dah snap gmbaq dia kemain lagi lari terkedek kedek kat aku.ingatkan nak pukul aku.rupanya nak tengok gmbaq dia yang aku snapkan tu.hahaha,sengal la ang Harash...
Inilah budak yang bernama Harash tu. Tengoklah dia men masak-masak tu. tengah merenung aku snap gmbar dia.barangkali dia tengah marah kot.barangkali dia wat muka kesian.adik aku suka marah dia means gempaq2 dia la.abeh tu tiap kali adik aku gempaq memang tak lain tak bukan muka yang diatas ni akan wat muka kesian..huhuhuhu..
hah!!!!Alamak,bila kanak-kanak lelaki menceburkan diri dalam bidang masak memasak.sungguh teruja aksi dia memasak.haha,macam-macam bunyi keluaq ketongkeletangtoingtoing...antara rempah ratus lauk pauk utama masakan ini ialah daun bunga raya campur sama itu bunga jarum laaaa...tak lupa daun limau pon dia hantam sekali.maybe nak penambah bau wangi kot.
ini pulak kakaknya: SYIFA..hah,yang nie memang sangatlah rapat dengan adik aku si anas tu.budak ini memang manja.tapi comel.time kecik dulu muka dia aku paggil macam twietty...bukan hello kitty si kucing betina itu okeyh,,twietty si anak burung kuning tu.
bila waktu petang, aku lepak-lepak tengok depa main kat jalan ni.besa la,bila dah jangkau umur 20 taun ni kira besaq sikit la..so pangkat pun dah naik kena la jadi pengawal pemerhati time meka ni main kat jalan2 ni.huhu..
hasil pemerhatian seterusnya...: aku snapkan gmbaq ni..sempena lagu nyiur melambai Amy Mastura..
hemmm..inilah yang aku nak cakap,siap aturkan acara jom merempit bersama lagi..kau pergi aku kejar..hahah,last-last jatuh renyau..huahua,aku jugak yang kena pi pujuk..
apa-pa pun,xdak mereka ni kampung aku ni sunyi kot.hehehe.....
Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…
Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.
Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…
Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..
”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..
Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..
“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,
“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi
Love,
Suamimu
Nota simanisgreenaple // : cerita diatas tiada kaitan antara aku dan keluarga dan dia. Ini kisah aku jumpa time aku buat lawatan kat home aku di facebook anis greenaple, then terlihat kisah yang ditag oleh kwan kepada kwan kepada kwan kepada kwan aku...hohoho, ( berapa banyak kawan daaa)..